seraut wajah
menyenangkan
bukan bidadari
namun sukar dilupai
sesuci hati
seramah budi
sering menyayangi
menggembirakan hati
selirik senyuman
sekalung kesopanan
terasa kehangatan
dibuai sentuhan
hati kemurungan
dipisah kejauhan
diusik kenangan
disapa kerinduan
tanpa diminta
tanpa disedari
perasaan berbunga
bermain di hati
bukan kerana kedudukan
bukan salah suasana
biarkan saja perasaan
kerna terlalu istimewa
Friday, August 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment